nuffnang code

Kata Aluan



Bismillahhirrahmannirrahim. Assalam'mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam ke atas junjungan kita yang mulia Rasul pilihan Muhammad S.A.W yang telah membawa risalah kebenaran untuk umat sekian alam.

Ironinya, arus perubahan teknologi dan komunikasi semakin berkembang pesat mengikut peredaran masa kini. Pelbagai sumber pengetahuan mahupun maklumat dapat digali cari menggunakan sistem teknologi seperti internet dan sebagainya. Sistem pencarian internet juga daripada pelbagai carian seperti google, yahoo, wikipedia dan lain-lain lagi.

Penghargaan diberikan kepada tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 2, Kuala Lumpur Encik Ahmad Muzir Bin Abdul Halim di atas pemberian dan pengolahan idea dalam meningkatkan mutu kualiti kerja searus dengan peredaran masa kini. Jutaan tahniah juga kepada Encik Muhammad Nur Fikri Bin Mohammad Zainuri, atas sumbangan beliau membangunkan blog kokurikulum SKJHT 2 ini dengan jayanya.

Saya selaku GPK Kokurikulum SKJHT 2 berasa yakin dengan komitmen yang ditunjukkan semua guru-guru dalam melaksanakan program kokurikulum sepanjang tahun. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam memperkasakan pencapaian sukan dari peringkat sekolah sehinggalah antarabangsa demi masa depan anak didik kita.

Sekian, terima kasih.

NORLAILI BINTI MUHAMMAD
GPK Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 2
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Iklan lagi untuk anda