nuffnang code

Sunday 28 June 2015

ALHAMDULILLAH...KAMI JOHAN NEGERI MSSWPKL 2015


Kuala Lumpur (8 Mei 2015) - Kejohanan Bola Jaring peringkat negeri MSSWP Kuala Lumpur 2015 telah diadakan pada 5 hingga 8 Mei 2015 di Gelanggang Indoor JPNWPKL, Seri Permaisuri. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari yang telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut hari iaitu U12(7 Mei 2015), U15(6 Mei 2015) dan U18(5 Mei 2015). Manakala perlawanan akhir akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 8 Mei 2015.
Sekali lagi pasukan elit bola jaring SK Jalan Hang Tuah 2, KL yang mewakili zon Bangsar 1 akan berentap habis-habisan bagi merebut piala pusingan kejohanan bola jaring pada tahun ini. Bagi perlawanan peringkat kumpulan, pasukan kami nyaris dikejutkan dengan pasukan dari wakil zon Sentul 1(SK Sentul Utama) di mana perlawanan berakhir dengan keputusan seri 10-10. 
Para jurulatih mula cemas dan segera mengatur strategi yang baharu. Ternyata strategi ini berhasil di mana pasukan kami layak sehingga ke perlawanan akhir. Pasukan kami sekali lagi akan berentap dengan pasukan yang sama dari peringkat kumpulan iaitu zon Sentul 1. Alhamdulillah berkat rezeki, kami telah menjuarai perlawanan tersebut dengan keputusan 12-09 seterusnya bergelar JOHAN Kejohanan Bola Jaring peringkat negeri MSSWP Kuala Lumpur tahun 2015.

Para jurulatih memberi semangat kepada pemain


Bergambar sebelum ke perlawanan akhir keesokannya

Perlawanan akhir zon Bangsar 1 VS zon Sentul 1

Pemain terbaik U12, Nur Adilah

Penghadang terbaik U12, Nur Aisyah
Keputusan perlawanan akhir Netball U12

Kami JUARA lagi..Alhamdulillah



Tuesday 28 April 2015

Kami Juara!!!

Kuala Lumpur (23 April 2015)-Kejohanan Bola Jaring peringkat Zon MSSWP Kuala Lumpur tahun 2015 telah berlangsung selama empat hari bermula 20 April sehingga 24 April 2015. Bagi peringkat sekolah rendah, telah diadakan selama dua hari pada 23 April dan 24 April 2015 di SK Tiara Permai. Pasukan elit SK Jalan Hang Tuah 2, Kuala Lumpur telah melakukan persediaan awal bagi menghadapi kejohanan tersebut.
Alhamdulillah berkat keringat titik peluh para jurulatih dalam membuat segala taktikal berhasil dan pasukan elit sekolah kami telah bergelar JOHAN bagi zon Bangsar untuk tahun 2015 ini sekaligus akan mewakili zon Bangsar untuk ke Kejohanan Bola Jaring peringkat negeri MSSWP Kuala Lumpur 2015 yang akan diadakan di Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada para jurulatih, Pn. Nor Akhirah Awang Kechik (Ketua Jurulatih), Pn. Norhashimah Mohamed (Jurulatih), Pn. Dzullatifah Norsiah Latip (Pengurus Pasukan) dan Pn. Tq. Nor Zukiah (Pengurus 2).
Johan Kejohanan Bola Jaring zon Bangsar MSSWPKL 2015

Wajah keceriaan selepas dinobatkan sebagai Johan

Aksi perlawanan akhir SK Jalan Hang Tuah 2 vs SK Bdr Baru Sri Petaling 2

Aksi perlawanan akhir
Perlawanan Akhir SK Jln Hang Tuah 2 vs SK Bdr Baru Sri Petaling 2


Iklan lagi untuk anda