nuffnang code

Sunday, 28 June 2015

ALHAMDULILLAH...KAMI JOHAN NEGERI MSSWPKL 2015


Kuala Lumpur (8 Mei 2015) - Kejohanan Bola Jaring peringkat negeri MSSWP Kuala Lumpur 2015 telah diadakan pada 5 hingga 8 Mei 2015 di Gelanggang Indoor JPNWPKL, Seri Permaisuri. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari yang telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut hari iaitu U12(7 Mei 2015), U15(6 Mei 2015) dan U18(5 Mei 2015). Manakala perlawanan akhir akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 8 Mei 2015.
Sekali lagi pasukan elit bola jaring SK Jalan Hang Tuah 2, KL yang mewakili zon Bangsar 1 akan berentap habis-habisan bagi merebut piala pusingan kejohanan bola jaring pada tahun ini. Bagi perlawanan peringkat kumpulan, pasukan kami nyaris dikejutkan dengan pasukan dari wakil zon Sentul 1(SK Sentul Utama) di mana perlawanan berakhir dengan keputusan seri 10-10. 
Para jurulatih mula cemas dan segera mengatur strategi yang baharu. Ternyata strategi ini berhasil di mana pasukan kami layak sehingga ke perlawanan akhir. Pasukan kami sekali lagi akan berentap dengan pasukan yang sama dari peringkat kumpulan iaitu zon Sentul 1. Alhamdulillah berkat rezeki, kami telah menjuarai perlawanan tersebut dengan keputusan 12-09 seterusnya bergelar JOHAN Kejohanan Bola Jaring peringkat negeri MSSWP Kuala Lumpur tahun 2015.

Para jurulatih memberi semangat kepada pemain


Bergambar sebelum ke perlawanan akhir keesokannya

Perlawanan akhir zon Bangsar 1 VS zon Sentul 1

Pemain terbaik U12, Nur Adilah

Penghadang terbaik U12, Nur Aisyah
Keputusan perlawanan akhir Netball U12

Kami JUARA lagi..Alhamdulillah



Iklan lagi untuk anda